Terma & Syarat

Mohon supaya anda tidak menggunakan laman ini sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat berikut:

Penafian

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman ini.

Penggunaan Maklumat

Apabila menggunakan maklumat dari laman ini, anda sendiri yang bertanggungjawab terhadap sebarang risiko akibat menggunakan maklumat tesebut.

Anda perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum menggunakan maklumat yang diperolehi dari laman ini.

Ketepatan Maklumat

Kami cuba sehabis upaya menyampaikan maklumat yang tepat. Mana-mana kesilapan adalah tidak disengajakan.

Penulisan Komen

Apabila anda menulis dan menghantar komen di laman ini, kami berhak untuk menapis, mengedit dan memadamkan mana-mana komen tanpa notis.

Kami berhak menapis komen yang dihantar apabila:

Terbitan Semula Artikel

Anda perlu mendapatkan kebenaran dari pemilik entimedia.com apabila anda ingin menerbitkan semula artikel penuh yang diambil dari laman ini ke mana-mana media media cetak atau media online.

Untuk media online, kredit sumber hendaklah live link yang boleh di klik seperti contoh di bawah.

Kredit: entimedia.com
Kredit: Entimedia

Manakala untuk media cetak pula kredit hendaklah meletakkan domain kami seperti contoh di bawah.

Kredit: entimedia.com

Anda boleh menghubungi kami di sini.

Hak Cipta Artikel

Semua hasil penulisan di laman ini adalah hak milik penulis kecuali apabila dinyatakan sebaliknya.

Apabila anda menghantar artikel untuk kami kongsikan di laman ini, kami berhak untuk mengubahsuai kandungan artikel supaya sesuai dengan standard artikel yang kami amalkan.

Perlindungan Data Peribadi

Apabila anda mengisi nama dan emel pada apa-apa borang di laman ini, data tersebut disimpan di server kami. Data tersebut hanyalah untuk kegunaan kami sahaja.

Jika anda ingin memadamkan maklumat berkaitan diri anda, emelkan permohonan anda ke support@entimedia.com

Halaman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. Anda perlu merujuk pada halaman ini untuk melihat kemas kini terkini.

Kemaskini terakhir pada 1 May 2024.