Berapa Upah Buat Website?

"Berapa upah buat website?"

Jika anda tanya soalan ini kepada mereka yang tawarkan servis buat website, anda akan terima jawapan yang berbeza-beza. Sebabnya tiada harga standard untuk servis buat website.

Harga bergantung kepada siapa yang anda upah.

Individu atau agensi?

Harga freelance website designer pasti berbeza dengan harga website design agency.

Bagaimana cara mereka tetapkan harga servis mereka? Ada banyak cara dan ia bergantung kepada model bisnes dan juga target klien mereka.

Bila mahu beri anggaran harga buat website, seorang pembuat website itu perlu tahu anda ingin buat website yang bagaimana terlebih dahulu.

Lepas itu barulah mereka boleh berikan harga.

Kenapa upah buat website berbeza-beza?

Ini antara sebabnya…

pengalaman buat website

Satu, pengalaman.

Bila anda upah website designer yang sudah berpengalaman, mereka ini sudah ada portfolio. Biasanya servis mereka ini juga harganya lebih tinggi berbanding dengan mereka yang baru mula.

Walaupun harga mereka lebih tinggi, anda tidak perlu risau tentang kualiti hasil kerja mereka.

Anda boleh yakin yang website anda nanti, hasilnya akan setara seperti website lain dalam portfolio website design mereka. Portfolio mereka itu adalah benchmark untuk anda menilai kualiti website yang dihasilkan.

Semua urusan untuk siapkan website juga lebih lancar dan teratur kerana anda sedang berurusan dengan seorang pakar buat website.

Bila anda upah website designer yang belum ada pengalaman, atau belum cukup pengalaman buat website, harga servis mereka ini biasanya mula pada harga yang lebih rendah.

Kekurangannya, mereka ini belum ada portfolio yang kuat atau belum ada portfolio yang banyak. Malah ada yang betul-betul zero langsung tak ada portfolio.

Kelebihan bila anda upah mereka ini, anda boleh jimat pada upah buat website. Tetapi anda tiada benchmark hasil kerja mereka.

Anda tidak tahu kualiti hasil kerja mereka.

Urusan anda juga mungkin tidak selancar seperti apabila anda berurusan dengan pembuat website yang sudah berpengalaman dan sudah mempunyai sistem kerja mereka yang tersendiri.

jenis dan feature website

Dua, jenis website dan feature pada website.

Anda mahu buat website jenis apa?

Landing pagewebsite korporat, website ecommercewebsite marketplacewebsite travel atau lain-lain jenis website?

Contohnya, anda ingin buat website jenis landing page.

Landing page biasanya simple saja.

Tak komplikated.

Tetapi landing page tak semestinya simple. Sebab landing page juga boleh jadi komplikated bergantung pada feature apa yang diletakkan pada landing page tersebut.

Semakin kompleks website yang ingin dibuat, semakin tinggi harga website tersebut.

Lebih detail anda beri maklumat tentang website dan feature website yang ingin dibuat, lebih mudah untuk berikan anggaran harga dan masa yang diperlukan untuk buat website anda.

Jika budget anda terhad, feature website yang anda minta juga tidak komplikated, kebarangkalian website designer yang anda ingin upah itu untuk terima kerja tersebut juga lebih tinggi.

Kenapa maklumat yang anda beri itu penting?

Dari maklumat yang anda beri, mereka boleh rancang apa yang perlu dibuat, beli plugin premium, beli theme premium dan sebagainya.

Salah membuat anggaran harga dan masa untuk siapkan sebuah website adalah satu mimpi ngeri kepada pembuat website dan juga kepada anda sendiri.

Cuba anda bayangkan bila kerja yang boleh siap dalam masa 1 bulan, tetapi mengambil masa 2-3 bulan untuk siap disebabkan oleh faktor luar jangka.

Kedua-dua belah pihak akan rugi jika ini berlaku.

Anda mesti nak website cepat siap. Anda juga mesti tak seronok bila terpaksa tambah lagi kos buat website selepas dapat invois.

kan?

Betul tak?

Sebab itu agak sukar untuk mereka yang ambil upah buat website nak menjawab soalan anda apabila anda tanya soalan umum.

"Berapa harga buat website?"

"Kalau saya nak buat website ecommerce berapa harga?"

Lepas ini mohon supaya anda tidak lagi tanyakan soalan umum seperti soalan di atas ini. Mohon anda beri maklumat yang lebih terperinci.

Lebih bagus lagi jika anda tunjukkan beberapa contoh website dan juga berapa budget anda untuk buat website.

Insyaallah, dari situ mereka boleh beri konsultasi website yang lebih baik.

Harga Buat Website

Anda boleh gunakan harga di bawah untuk anggarkan harga dan upah buat website bagi freelance website designer. Ini bukan harga tetap. Tetapi ia boleh jadikan sebagai rujukan.

Website Landing Page: ±RM600
Website One Page: ±RM1200
Website Korporat: ±RM2400
Website Ecommerce: ±RM4800
Website Marketplace: ±RM9600

Harga di atas ini bukan harga mati. Ada lain-lain faktor yang boleh menyebabkan harga website berubah.

Antaranya,

Umumnya, harga buat website menggunakan template itu harganya lebih murah. Jika anda memerlukan custom solution dengan requirement tertentu harganya lebih mahal.

Penutup

Tak kira berapa pun upah buat website yang anda beri, pastikan anda tahu dan setuju dengan apa yang anda akan terima pada harga yang anda bayar.

Pastikan anda menang dan website designer yang anda upah itu pun menang.

Anda gembira dapat website yang cantik, kemas dan berfungsi. Pembuat website anda pula gembira dapat upah yang setimpal dengan tenaga dan masa yang diluangkan untuk siapkan website anda.

Sekarang anda dah tahu kan berapa upah buat website?