Di Mana Nak Beli Domain Dan Hosting?
Dekat mana ya nak beli domain dan hosting?
Ada banyak pilihan di mana kita boleh beli domain dan hosting untuk bisnes kita. Kita boleh beli domain dan hosting ini dari provider tempatan mahu pun dari provider luar negara.
Boleh beli dari mana-mana provider dengan syarat:
- Mudah berurusan dengan mereka.
- Servis mereka bagus.
- Respon support mereka cepat.
Berikut adalah beberapa provider di mana anda boleh beli domain dan hosting.
Provider Tempatan
ServerFreak (domain & hosting)
Link: https://www.web-hosting.net.my/
GB Network (domain & hosting)
Link: https://gbnetwork.my/
NetKL (domain & hosting)
Link: https://netkl.com/
DataKL (hosting)
Link: http://datakl.com/
Ada provider yang jual domain dan pada masa yang sama jual hosting. Anda boleh pilih untuk beli domain dan hosting dari provider yang sama. Atau beli asing-asing dari provider yang berbeza.
Provider Luar Negara
Untuk provider luar negara pula anda boleh cuba provider berikut:
CloudFlare (domain) Link: [https://www.cloudflare.com]
NameSilo (domain)
Link: https://www.namesilo.com
FreeNom (domain)
Link: http://www.freenom.com
NameCheap (domain)
Link: https://www.namecheap.com/
DigitalOcean (hosting)
Link: https://www.digitalocean.com/
BlueHost (hosting)
Link: https://www.bluehost.com
Kami nasihatkan anda untuk baca review pengguna lain yang telah guna servis mereka terlebih dahulu sebelum anda beli.
Apa Beza Beli Dari Provider Tempatan Dan Provider Luar Negara?
Bila beli dari provider tempatan, kita boleh bayar dalam RM tapi harganya sedikit tinggi. Lagi-lagi bila kita beli domain. Harga domain DOT COM dalam RM50 hingga RM70 bila beli dengan provider tempatan.
Tapi kita lebih senang nak berurusan dengan provider tempatan jika kita perlukan bantuan support bila ada apa-apa masalah. Tak ada masalah bahasa. Kita boleh hubungi mereka guna bahasa Melayu.
Senang.
Jika betul-betul mustahak, kita boleh terus telefon mereka. Tak ada isu berbeza zon waktu sebab kita beli dari provider tempatan.
Bila beli dari provider luar negara, kita perlu ada kad debit ataupun kad kredit bila mahu bayar. Jadi nak kena ada kad debit atau kad kredit untuk beli.
Kelebihan bila kita beli dari provider luar negara ialah, kita boleh dapat harga yang lebih rendah, terutama sekali bila beli domain. Harga domain DOT COM contohnya kita boleh dapat dalam RM45 sahaja.
Dan bila beli hosting pula kita ada pilihan untuk bayar secara ansuran bulan.
Tak payah bayar lump sum.
Contoh.
Harga hosting dengan provider tempatan RM300. Harga hosting dengan provider luar negara USD60 (RM300). Dengan provider tempatan, kita perlu bayar penuh RM300 tadi. Dengan provider luar negara, ada yang tawarkan bayaran secara ansuran bulanan.
Jadi setiap bulan kita bayar RM25.
Bila perlukan bantuan support pula, kita perlu berurusan dalam bahasa Inggeris. Ini mungkin akan jadi isu terutama sekali bagi mereka yang lebih suka berurusan dalam bahasa Melayu.
Penutup
Kami harap artikel ini dapat beri anda idea di mana nak beli domain dan hosting. Pilih provider yang bagus supaya anda tidak pening kepala dikemudian hari kelak.